Wednesday 11 July 2012

HDR toning

Hdr Toning adalah satu feature terbaru di dalam Photoshop CS5. Feature ini membolehkan anda menghasilkan efek hdr daripada satu imej sahaja.

Kegilaan efek Hdr semakin menjadi-jadi di kalangan fotografer digital. Ramai yang tercari-cari cara menghasilkan imej Hdr, terutamanya cara menghasilkan Hdr daripada satu imej sahaja.

Teknik asal penghasil Hdr sebenarnya memerlukan penggabungan beberapa imej dengan setting exposure yang berbeza. Penggabungan ini boleh dilakukan dengan baik di dalam perisian Photomatix. Versi lama Photoshop mempunyai fungsi Merge to Hdr tetapi ianya tidak sebaik Photomatix.

Untuk menghasilkan imej Hdr, anda perlu faham dulu maksud sebenarnya Hdr dan apa sebenarnya yang menyebabkan sesebuah imej itu boleh dipanggil sebagai imej Hdr. Sila google ;)

Photoshop CS5 menyediakan fungsi baru iaitu Hdr Toning (Klik menu Image > Adjustments > Hdr Toning). Setelah mencuba fungsi ini, saya mendapati ianya sangat bagus untuk menghasikan imej Hdr dengan menggunakan hanya satu imej.

Jika di versi lama, saya perlu menggunakan fungsi Shadow/Highlight, Curve dan High Pass untuk mendapatkan hasil yang sama. Hdr Toning telah menggabungkan semua ini di dalam satu menu. Great stuff!

Lihat foto asal dan foto hasil di bawah ini.

FOTO ASAL:



FOTO HASIL:



HDR TONING:



Ini adalah setting yang saya gunakan untuk mendapatkan imej Hdr di atas.

Sangat mudah!

CONTOH HDR LAIN:

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © Beginerzz Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger